Sultan Zainal Abidin 1 adalah putera Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Johor. Baginda di lantik sebagai Sultan Terengganu yang pertama di Kampung Tanjung Baru, Hulu Terengganu pada tahun 1780 Masihi. Menurut catatan sejarah, baginda di lantik sebagai Sultan Terengganu oleh Nang Chayang, Raja Patani, manakala menurut Tuhfaful-Nafis baginda telah di tabalkan oleh Daeng Menambun setelah mendapat pemerintahan dari Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Pusat pemerintahan baginda ialah di Tanjung Baru, sebelum berpindah ke Kampung Langgor, Pulau Manis, Chabang Tiga. Seterusnya baginda berpindah ke Kuala Terengganu dan menetap di satu tempat yang kemudiannya dikenali sebagai Kota Lama. Baginda mangkat pada tahun 1723 dan jenazah baginda dimakamkan di atas Bukit Keledang.


Mengikut Papan Tanda MAIDAM


Sultan Daud telah menaiki tahta Kesultanan Terengganu pada 21hb Disember 1830 selepas kemangkatan bapa saudaranya, Sultan Abdul Rahman. Baginda sempat memerintah selama sebulan sahaja. Baginda mangkat pada 31hb Januari 1831. Jenazah Baginda telah di makamkan di Tanah Perkuburan Syeikh Ibrahim, Jalan Pusara, Kuala Terengganu dan digelar “Marhum Kampung Daik”.


Mengikut Papan Tanda MAIDAM


Sultan Ahmad Shah I di lantik sebagai Sultan Terengganu ke 4 pada tahun 1808 Masehi mengantikan ayahanda Baginda, Sultan Zainal Abidin II. Ketika pemerintahan Baginda berlakunya perperangan diantara pasukan Terengganu menentang Lebai Saris yang dikatakan enggan tunduk kepada pemerintahan Baginda. Setelah beberapa rundingan telah diadakan tetapi semuanya menemui kegagalan, Baginda kemudiannya menghantar sepasukan tentera yang diketuai oleh Panglima Engku Kambal menyerang Lebai Saris dan pengikut-pengikutnya. Dalam peperangan tersebut, pasukan Baginda berjaya menghapuskan Lebai Saris dan anaknya Che Abu Bakar serta pengikut-pengikutnya. Baginda mangkat pada 4hb Julai 1830 setelah memerintah selama 22 tahun dan jenazah Baginda di makamkan di Tanah Perkuburan Syeikh Ibrahim, Jalan Pusara, Kuala Terengganu serta dikenali dengan gelaran “Marhum Parit” kerana Baginda telah membina sebuah parit yang besar di sekeliling Kota Istana.


Mengikut Papan Tanda MAIDAM

Newer Posts Home